Hari Kesihatan Sedunia

Tahukah anda pada 7 April setiap tahun seluruh dunia menyambut Hari Kesihatan Sedunia di bawah pimpinan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menyedarkan orang ramai terhadap kepentingan kesihatan global. Setiap tahun, ia membawa tema yang berbeza dan tema pada tahun 2019; “Health for All, Everyone, Everywhere”.

Sejarah

Perhimpunan Kesihatan Sedunia telah diadakan buat kali pertama di Geneva oleh WHO. Pada ketika inilah,WHO telah memutuskan bahawa setiap tahun pada 7 April merupakan Hari Kesihatan Sedunia.

Pada tahun 1950, Hari Kesihatan Sedunia telah disambut buat kali pertama di seluruh dunia. Pelbagai acara yang telah di susun atur oleh WHO berkaitan dengan tema pada ketika itu, samada peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Logo World Health Organization (WHO)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau “World Health Organization” (WHO) merupakan organisasi kesihatan yang bekerja dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani isu-isu kesihatan global. Sejak penubuhannya, pelbagai isu kesihatan serius daripada negara yang sedang membangun telah ditangani. Justeru, ia telah memainkan peranan penting untuk menjadikan dunia yang sihat.

Cara Sambutan Hari Kesihatan Sedunia

Hari Kesihatan Sedunia disambut di seluruh dunia oleh badan kerajaan, bukan kerajaan, NGO termasuklah pelbagai organisasi kesihatan di kebanyakan tempat menganjurkan program berkaitan isu kesihatan.

Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan dalam persidangan kesihatan pekerja untuk menggalakan orang menjaga kesihatan mereka dengan adanya liputan media.

Kesimpulannya, kita perlu ada kesedaran untuk menjaga kesihatan dari usia muda. Disamping itu, kita perlu menjaga pemakanan dan selalu bersenam supaya kita tidak mudah untuk dijangkiti penyakit. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest