Bagaimana Susu Almond Membantu Anda Menurunkan Berat Badan

Susu badam adalah sejenis minuman berkhasiat yang semakin meningkat popularitinya saban hari. Rasanya yang lebih unik menjadikannya sebagai salah satu alternatif yang sesuai bagi menggantikan susu lembu. 

Susu badam membantu menurunkan berat badan kerana ia mempunyai 50% lebih sedikit kalori daripada susu lembu. Secawan susu skim mempunyai 91 kalori, manakala secawan susu badam tanpa gula mengandungi hanya 39 kalori. Anda tidak boleh mengabaikan perbezaan ini apabila cuba menurunkan berat badan.

 

Artikel ini akan menerangkan 4 ciri utama dalam susu badam yang signifikan dalam penurunan berat badan.

  1. Kandungan Kalori Rendah

Faktor utama yang mempengaruhi usaha penurunan berat badan adalah melalui pengambilan hidangan yang sihat. Hidangan diet yang berkalori tinggi akan membantutkan pencapaian matlamat tersebut. 

Jika anda bandingkan susu badam dengan susu-susu popular yang lain seperti susu dairy (susu lembu) dan susu soya, anda akan dapati kandungan kalori yang terdapat di dalamnya adalah antara yang terendah. 

Oleh itu, memilih pengambilan susu badam tidak dapat dinafikan merupakan salah satu pilihan yang tepat. 

Oh ya, untuk pengetahuan anda kebanyakkan produk-produk yang terdapat di pasaran mempunyai gula tambahan yang telah ditambah ke dalamnya. Ini secara tidak langsung meningkatkan kandungan kalori.

No-Sugar Diet: A Recipe for Better Health- HealthifyMe
Pengambilan gula secara berlebihan secara berlebihan, terutamanya minuman manis gula (SSB) merupakan faktor risiko untuk diet tidak seimbang, penambahan berat badan, dan peningkatan risiko penyakit tidak berjangkit termasuk diabetes jenis 2, kematian penyakit kardiovaskular dan karies gigi. (Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/)

Jadi berhati-hati dalam membuat pilihan dan pastikan anda sentiasa meneliti dahulu senarai kandungan yang terdapat dalam setiap produk yang dibeli agar ia tidak memberikan kesan terhadap usaha penurunan berat badan anda tanpa disedari. 

 

  1. Meningkatkan Kadar Metabolisma Badan

Semakin banyak anda membakar kalori, semakin cepat kadar penurunan berat badan anda. Secara asasnya, kaedah menurunkan berat badan boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu : 

  • Mengurangkan kalori dalam setiap hidangan makanan
  • Banyakkan aktiviti senaman 
Free Fitness Room Fitness photo and picture
Berlari adalah pemenang untuk kebanyakan kalori yang dibakar setiap jam. Berbasikal pegun, berjoging dan berenang juga merupakan pilihan yang sangat baik. Senaman HIIT juga bagus untuk membakar kalori. HIIT ialah sejenis latihan latihan jeda – Ia menggabungkan beberapa pusingan yang berselang-seli antara beberapa minit pergerakan intensiti tinggi. Selepas senaman HIIT, badan anda akan terus membakar kalori sehingga 24 jam. (Sumber: https://www.healthline.com/)

 

Dan sudah tentu, melaksanakan kedua-duanya adalah langkah yang paling efektif. 

Susu badam mempunyai persamaan seperti air kosong iaitu meningkatkan kadar metabolisma badan secara semula jadi. 

Hal ini secara tidak langsung membantu anda untuk membakar lebih banyak kalori. 

 

  1. Sumber Kalsium 

Anda pasti jarang dengar tentang bagaimana kalsium boleh membantu menurunkan berat badan. 

Ya benar, pengambilan kalsium secara teorinya merangsang proses “thermogenesis” dalam badan. Proses ini dalam erti kata lain membawa maksud penghasilan haba dalam badan. 

Aktiviti penghasilan haba ini akan terjadi seiring dengan peningkatan kadar metabolisma badan serta pembakaran lemak. Begitulah halnya bagaimana kalsium boleh bantu anda menurunkan berat badan.

 

  1. Indeks Glisemik Yang Rendah

Indeks Glisemik (IG) merujuk pada kepantasan sumber-sumber makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti dalam meningkatkan paras gula dalam saluran darah anda. 

Ia secara mudahnya terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

  • Indeks Glisemik Rendah – Makanan yang meningkatkan paras gula dengan kadar perlahan.
  • Indeks Glisemik Sederhana – Makanan yang meningkatkan paras gula dengan kadar sederhana.
  • Indeks Glisemik Tinggi – Makanan yang meningkatkan paras gula dengan kadar yang cepat. 

Semakin tinggi Indeks Glisemik suatu hidangan atau makanan, semakin cepat peningkatan paras gula dalam darah akan terjadi. 

Dan perkara sebaliknya yang terjadi pada senarai makanan yang mengandungi Indeks Glisemik Rendah. 

Bagi anda yang serius dalam usaha mencapai berat badan ideal, pengetahuan asas ini penting dalam memastikan diet sihat dapat diamalkan untuk melancarkan proses penurunan berat badan. 

Pada masa yang sama, ketahuilah susu badam merupakan salah satu minuman yang mengandungi Indeks Glisemik rendah selagimana anda memastikan produk yang dibeli adalah bebas daripada sebarang pencampuran dengan gula tambahan.

Almond Milk Powder Vanilla – Dalucia Almond Milk
Susu badam adalah sumber vitamin E yang baik, yang penting untuk sistem imun dan saluran darah anda. Beberapa kajian telah menunjukkan hubungan antara pengambilan vitamin E yang tinggi dan risiko penyakit kognitif yang lebih rendah seperti penyakit Alzheimer.

 

Secara kesimpulannya susu badam mempunyai banyak khasiat yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih efektif. Oleh itu, ia merupakan salah satu minuman yang boleh disenaraikan dalam diet harian anda. 

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest